Tuesday, February 22, 2011

Apa Itu Demam?

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.

Arghhh...Kenapa la aku tiba2 diserang demam....Demam apa pn aku tak tau....
Hmmmm.....dah 2hari demam...
hidung sumbat....elok sgt la tu....
ada orang cakap demam ni elok sebab bila kita sakit, dosa2 kecil kita terhapus...

dulu ustaz masa sekolah pernah cakap, bila kita demam, maknanya tuhan sayang kat kita.
kalau kita ada dosa, tuhan akan padamkan dosa2 kecil kita..
kalau kita dekat dengan tuhan, demam tu sebagai ujian supaya kita lebih dekat pada tuhan.
kalau selama ni kita alpa, demam buat kita ingat tuhan semula.
kalau selama ni kita selalu berzikir, masa demam banyakkan lah lagi zikir...
pendek kata, demam tu maknanya tuhan sayang pada kita.
tuhan nak hapus dosa + tuhan nak kita dapat banyak pahala.
juga sebagai peringatan sebab selama ni kita lalai dan lupa padanya...




YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA PERASAAN SEDIH DAN DUKACITA, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA LEMAH DAN MALAS, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA BAHKIL DAN PENAKUT DAN AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA BEBAN HUTANG DAN TEKANAN PERASAAN.

YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PINTU-PINTU KEBAIKAN, PINTU-PINTU KESELAMATAN, PINTU-PINTU KESIHATAN, PINTU-PINTU NIKMAT, PINTU-PINTU KEBERKATAN, PINTU-PINTU KEKUATAN, PINTU-PINTU CINTA SEJATI, PINTU-PINTU KASIH SAYANG, PINTU-PINTU REZEKI, PINTU-PINTU ILMU, PINTU-PINTU KEAMPUNAN DAN PINTU-PINTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG.



~Khamis ni ada Test Natural Product...semoga aku sihat sebelum hari test tu...need energy and strength to prepare...huhuhuhu.....

No comments:

Post a Comment